WASHINGTON-Netflix merekodkan peningkatan keuntungan pada suku kedua kepada AS$2.15 billion atau AS$4.88 sesaham.
Prestasi itu lebih baik berbanding AS$1.49 billion atau AS$3.29 sesaham yang dicatatkan tempoh sama tahun lepas.
Perolehan syarikat penstriman atas talian itu juga meningkat sebanyak 16.7 peratus kepada AS$9.56 bilion pada suku dalam kajian berbanding AS$8.19 bilion tahun lepas.
Netflix turut meraih lapan juta pelanggan pada suku kedua, meningkat 37 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Peneraju pasaran penstriman video itu memiliki 277.7 juta pelanggan di seluruh dunia ketika ini.- Agensi