Logo Meta

KUAL LUMPUR – Meta memohon maaf kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majlis Sukan Negeri Johor dan lain-lain yang terkesan dengan kandungan Facebook RTM berhubung pertabalan Sultan Ibrahim Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang tular pada Sabtu lalu.

Pengarah Dasar Awam Asia Tenggara Meta, Rafael Frankel, dalam satu kenyataan berkata Meta menyedari kesilapan dalam terjemahan automatik daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, sekali gus menjejaskan kandungan Facebook berkaitan istiadat pertabalan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Hari keputeraan Yang Teramat Mulia. Che’ Puan Mahkota Khaleeda.

“Kami telah menyelesaikan kesilapan teknikal ini. Kami amat menghormati Kerabat Diraja Malaysia dan memohon maaf kepada RTM, Majlis (Sukan) Negeri Johor dan lain-lain yang terkesan dengan acara ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Facebook salah, RTM tidak muat naik kandungan dalam bahasa Inggeris

Berlaku adil pada RTM, jangan fitnah – Fahmi

Semalam, RTM menjelaskan, ia tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris seperti yang tular di Facebook berhubung pertabalan Sultan Ibrahim Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara Sabtu lalu.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia, dalam satu kenyataan, memaklumkan, apa yang dipaparkan di laman Facebook rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

RTM telah membuat laporan polis manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menghubungi META berhubung terjemahan yang salah itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast