Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika dan matawang-matawang lain Asean.

Prestasi positif itu didorong sentimen lebih baik sebelum Malaysia mengumumkan kadar inflasi bagi Jun, Rabu ini.

Pada 8 pagi tadi, ringgit menokok kepada 4.6815/6910 berbanding dolar AS, lebih baik berbanding 4.6840/6875 ketika dagangan ditutup Jumaat lalu.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, para pelabur sedang menantikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi membuat penilaian terhadap kesan rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan mulai 10 Jun lalu.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast