Amadou Onana. Foto Sky Sports.

LONDON – Bekas pemain Everton, Amadou Onana sah menjadi Aston Villa dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai £50 juta (RM302 juta) semalam.

Pemain tengah Belgium itu bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Villa pengganti Douglas Luiz selepas pemain Brazil itu berpindah ke Juventus.

Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu gagal membuat impak di Everton selepas tiba dari Lille dua tahun lalu.

Namun selepas beraksi untuk Belgium pada Euro 2024, Onana diberi peluang untuk mengembalikan kariernya dalam Liga Perdana Inggeris oleh bos Villa, Unai Emery.

“Aston Villa berbangga mengumumkan pembelian Amadou Onana dari Everton,” menurut kelab itu dalam laman sesawang mereka.

Onana melakukan 72 penampilan buat Everton, menjaringkan empat gol dan menyertai Villa dengan kelab itu akan beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara kali pertama sejak 1983 susulan penamat tangga keempat dalam liga musim lalu.

Bersama Belgium, dia beraksi sebanyak 17 kali. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast