Anggota bomba membawa mayat mangsa lemas di Lubuk Kain, Hulu Dungun, Terengganu, 24 Julai 2024

DUNGUN- Dua penuntut University of Seoul di Korea lemas ketika mandi bersama lima rakan di kawasan air terjun Lubuk Kain, di Hulu Dungun, hari ini.

Mayat Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Noor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun ditemukan penduduk kampung, kira-kira 1.45 petang.

Mayat kedua-duanya ditemukan pada kedalaman 10 meter di dasar lubuk sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billal Shah (AMBS) Sharifuddin Ali berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.36 tengah hari sebelum menggerakkan sembilan anggota dan tiga jentera ke lokasi.

Muhammad Danial Danish berasal dari Taman Astana View di Kuantan, manakala Nor Mukhriz dari Perumahan Guru di FELDA Bukit Kuantan.

Kedua-dua mereka dikatakan sudah dua minggu pulang dari Korea untuk bercuti di rumah mereka di Kuantan.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast