Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang wanita Nur Shafila Shuaib, 20, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu.

Menerusi kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita yang merupakan pengasuh di sebuah taska di Desa Petaling, di sini, pada 16 Julai lalu.

Katanya, berdasarkan laporan wanita yang beralamat terakhir di 12-23 Pangsapuri Sri Malaysia, No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia itu gagal dihubungi.

“Wanita tu berketinggian 148 sentimeter dengan berat badan 45 kilogram dan berbadan sederhana kurus serta bertudung tanpa berkaca mata,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru Sarjan Khalik Abdul Wahab, di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast