KUALA LUMPUR – “Walaupun muka saya besar tapi tak setebal Dominic Lau (Presiden Gerakan). Kita akan turun jika ada keperluan,” kata Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada DAP akan menyertai kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.
Menurut Anthony, sekiranya DAP dijemput untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Nenggiri, parti itu bersedia untuk membantu calon BN, Mohd Azwami Fiktri Abdul Ghani.
Tambah beliau, Pakatan Harapan (PH) dan BN mempunyai semangat muafakat antara satu sama lain.
“Kita memang ada semangat muafakat. Kalau ada jemputan, pergilah. Namun setakat ini tiada lagi jemputan dari mereka.
“Kalau tidak ada keperluan, kita tidak pergi sebab ada pandangan kemungkinan kita tidak diperlukan,” jelasnya.
SEbelum ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keperluan DAP turun berkempen membantu calon BN pada PRK Nenggiri tidak terlalu mendesak, memandangkan majoriti pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada Melayu.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri yang mewakili BN dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail daripada Parti Pribumu Bersatu Malaysia (Bersatu). – MalaysiaGazette