Air ketum. Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sembilan individu termasuk seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Markas Briged Tengah, Cheras ditahan dipercayai memiliki ketum, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan suspek dan lapan orang awam termasuk warga asing dibuat di blok kediaman markas sekitar jam 1 pagi.

“Kita telah merampas sembilan liter cecair dipercayai bahan terlarang dibawah Akta Racun 1952 yang bernilai RM200.

“Susulan itu, dua kertas siasatan melibatkan dibuka mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 55B serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1963,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis (IPD petaling Jaya) di Pondok Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Tambah Hussein, polis masih menjalankan siasatan sama ada anggota berkenaan menggunakan kediaman itu bagi memproses bahan larangan itu atau sebagai pusat edaran.

“Mengenai tempoh reman, anggota polis itu akan direman sehingga esok manakala dua orang awam yang tamat reman hari ini akan disambung kali kedua bagi siastan lanjut.

“Enam lagi warga asing direman sehingga Jumaat ini selain ditahan selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Terdahulu tular laporan di media sosial mengenai tangkapan seorang anggota polis sokongan Pasukan Gerakan Am (PGA) Markas Briged Tengah, Cheras dekat sini yang didakwa terlibat kegiatan memproses air keturn dalam markas terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast