KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$114.7 bilion pada 31 Julai 2024 berbanding AS$113.3 bilion pada 15 Julai lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette