Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga pemain bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor yang tular semalam telah diambil tindakan tegas oleh pengadil perlawanan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supritendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, insiden itu berlaku semasa permainan masih lagi berlangsung di sebuah sekolah di Mersing.

“Pergaduhan itu berlaku akibat perselisihan faham antara beberapa orang pemain kedua-dua pasukan,” katanya dalam kenyataan di ini.

Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Abdul Razak berkata, perlawanan bola sepak itu tamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast