Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis mengesahkan klip video yang tular di laman sosial memaparkan insiden cubaan menculik kanak-kanak dengan mengumpan wang RM100, adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, penelitian polis terhadap video yang dimuat naik menerusi laman sosial pada 9.20 malam tadi mengenai kejadian itu yang kononnya berlaku di sebuah taman perumahan di Labu, di sini, mendapati ia tidak benar.

“Siasatan telah dijalankan dan kita dapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang tular, dan tidak ada sebarang laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak di kawasan Labu bagi tempoh Januari hingga bulan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pemilik akaun yang memuat naik video tersebut yang boleh menggugat keamanan awam.

Justeru Abdul Malik menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan tidak benar di laman sosial terutama yang boleh menyebabkan kegusaran atau mengganggu ketenteraman awam. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast