Nora diceraikan suami dengan talak satu menerusi muat naik video dalam Instagram.- Kredit FB Nora Ariffin

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Nora Ariffin diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli menerusi sebuah video di Instagramnya (IG) hari ini.

Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memuat naik video bekas suaminya melafazkan cerai.

“Saya yang bernama Rushdi bin Ramli dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah Taala,” lafaznya dalam video tular.

Nora pula memuat naik kapsyen yang bersyukur semuanya selesai namun hanya tuhan sahaja mengetahui segala-galanya.

Bagaimanapun penyanyi itu tidak memberi penjelasan lanjut mengenainya.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya berkenaan berantakan namun Nora menafikan hal tersebut.

Nora berkahwin dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast