Nidza Afham

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aufahanie memohon bantuan orang ramai bagi mencari abangnya iaitu Nidza Afham yang dilaporkan hilang sejaksemalam.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aufa atau nama sebenar, Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berharap agar abangnya itu dijumpai dalam keadaan selamat dengan segera.

“Minta tolong semua orang, doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran lain di media sosial kakak kepada Aufa iaitu Irfahanie turut berkongsi maklumat sama bagi mengesan keberadaan lelaki tersebut.

Malah, mereka turut menemui telefon bimbit dan dompet Afham di temui atas jambatan Sungai Klang.

“Dia (Afham) keluar joging dalam pukul 7.58 malam ke Stadium Klang. Kami sudah periksa telefon, tiada unsur pergaduhan atau ‘loan shark’.

“Semua dalam keadaan baik. Afham tamatkan larian,” katanya.

Afham kali terakhir membalas kiriman mesej kepada kakaknya pada pukul 9.04 malam semalam sebelum keluarga mula mencari di sekitar jambatan berkenaan.

“Pukul 9.13 malam, dia dah tak balas mesej dan tak angkat panggilan telefon pada pukul 11.53 malam,” tuisnya.

Dfahamkan, keluarga Aufahanie sudah membuat laporan polis di Balai Polis Klang.

Afham,23, juga seorang penyanyi dan turut aktif membuat persembahan nyanyian. – MalaysiaGazette