Antara pelajar-pelajar yang tamat program Professional Diploma in Fiber Optics, Network Infrastrucure & Management bersama Professor Dr Ts Adisyaputra Ibrahim (berbaju biru), pensyarah QPRO Development Center.

KUALA LUMPUR – Seramai 16 pelajar telah menamatkan pengajian mereka dalam Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian & Pengurusan iaitu program yang direka khas untuk golongan pekerja dalam industri telekomunikasi.

Pelajar terbaik program tersebut bagi tahun 2024, Mohammad Izuddin Mohd. Musai berkata, program itu telah membantunya memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih meluas tentang industri fiber optik.  

Beliau berkata, banyak perkongsian daripada pensyarah-pensyarah dalam sesi kelas yang membantu memahami dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan rangkaian industri itu.

”Ia juga melibatkan protokol dan penyelesaian masalah untuk rangkaian fiber optik dan bersyukur dapat peluang belajar dan platform ini di mana dapat bergaul dengan ramai lagi pelajar lain dari industri sama.

”Pada masa sama, saya bangga kerana berjaya menamatkan pengajian dalam program ini sebagai pelajar terbaik,” katanya.

Mohd Izuddin yang dinobat sebagai Pelajar Terbaik 2024.Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian & Pengurusan bertujuan menghasilkan tenaga pekerja profesional yang mahir dalam teknikal, kejuruteraan, kemahiran insaniah, kepimpinan dan komunikasi tangkas dalam pertumbuhan industri telekomunikasi Malaysia.

Program ini mendapat penganugerahan London Examination Board (LEB), United Kingdom yang ditawarkan menerusi UTM SPACE Services Sdn. Bhd. manakala kursus dijalankan oleh QPRO Development Center.

Kaedah pengajian disampaikan menerusi pelbagai pendekatan termasuk pembelajaran kendiri, kuiz, seminar bersemukadan disusuli peperiksaan akhir ala via dengan pengetahuanteknikal dan kerja amali secara praktikal mengenai Fiber Optik.

Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas yang terdiri daripada 36 jam akademik, amali dan lawatan industri.

Ketika ini, fiber optik adalah satu industri menarik yang telah meningkat naik di mana teknologinya telah mengubah lanskap komunikasi moden menjadikan ia sebahagian penting dalam kehidupan seharian.

Dengan kemajuan rangkaian 5G, peningkatan permintaan untuk sambungan internet yang lebihpantas dan peralihan keseluruhan ke arah pendigitalan, bidang dan permintaan terhadap pekerjaan fiber optik akan terus berkembang pesat.

Industri itu menawarkan pelbagai peluang kerjaya termasuk mereka bentuk, memasang dan menyelenggara rangkaian fiber optik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast