Ravindar Singh bersama Datuk Azman Adnan pada Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat oleh IPD Cheras dan Balai Balai di Cheras hari ini.

KUALA LUMPUR – Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat yang dirintiskan di Cheras membabitkan komuniti perumahan diharap dapat diperluaskan ke daerah lain di seluruh ibu kota pada masa depan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCFP) Kuala Lumpur, Datuk Azman Abidin optimis program berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan serta kententeraman awam.

“Selepas melihat keberkesanan rintis di daerah Cheras ini ia mampu membina jambatan kerjasama jitu antara polis dan masyarakat selari dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dalam mencegah jenayah secara bersama,” katanya selepas hadir merasmikan Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat oleh IPD Cheras dan Balai Balai di Cheras hari ini.

Majlis dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh.

Mengulas lanjut, Azman memberi jaminan MCPF juga akan sentiasa memberi kerjasama dalam menyokong program tersebut bagi memastikan ia berjaya mencapai objektifnya.

“Selain itu, pelaksanaan program seumpama akan menghilangkan rasa takut masyarakat kepada polis dan menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa membantu mereka menyalurkan maklumat jenayah yang berlaku di perumahan mereka.

“Mereka menerusi program seumpama akan lebih hormat dan tidak akan takut untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di kawasan perumahan mereka nanti,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast