Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat utiliti itu berkata, notis yang diterima pada Isnin (19 Ogos, 2024) adalah menyamai notis diterima pada tahun-tahun sebelumnya yang pada masa ini di peringkat mahkamah.

Malah, TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.

“Mengikut nasihat perundangan daripada peguam cara cukai kami, TNB berpendirian bahawa ia mempunyai asas undang-undang yang baik untuk mempertikaikan taksiran dibangkitkan secara silap oleh pihak LHDN.

“Oleh itu, sepertimana sebelum ini, TNB akan membuat rayuan terhadap notis berkenaan secepat mungkin,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast