Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Pau Marti Vicente bercakap mengenai pengumuman Senarai 26 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Menjelang Pestabola Merdeka 2024 di Wisma FAM, Kelana Jaya. Foto SYADILA AMARI, 21 OGOS 2024.

PETALING JAYA – Penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad antara lapan pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Pau Marti untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 Ogos ini.

Turut berada dalam senarai adalah penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Afiq Fazail, Azam Azmi Murad, Darren Lok dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Mereka antara 26 pemain yang dipanggil bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 edisi Ke-43 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 hingga 8 September depan.

Pada Mei lalu, impian Syafiq untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya tidak kesampaian apabila terpaksa digugurkan akibat kecederaan bagi menghadapi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Dia yang kali terakhir turun bertemu Thailand dalam kelayakan Piala Dunia, kira-kira tiga tahun lalu mendapat tempat.

Sementara itu, berdasarkan senarai yang dikeluarkan pada sidang media hari ini, Marti yang mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan selepas peletakan jawatan Kim Pan Gon pada 16 Julai lalu mengekalkan 18 daripada 26 pemain dari skuad bagi dua perlawanan terakhir menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun lalu.

Sementara 11 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia adalah Jafri Firdaus dan Stuart Wilkin (Sabah FC), Shahrul Saad dan Hong Wan (JDT), Brendan Gan dan Declan Lambert (KL City) dan Sikh Izhan (Penang FC).

Shahrul Nazeem dari Selangor FC, Shahrul Nizam (Terengganu FC), Sergio Aguero (Sri Pahang FC) dan juga Daniel Amier (Kuching City) turut berada dalam senarai baharu.

Dalam pada itu, skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 iaitu separuh akhir menentang Filipina pada 4 September ini pujuk 9 malam.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menemukan Lubnan dan Tajikistan pada hari yang sama pukul 4.30 petang.

Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan bertemu di final pada 8 September depan pukul 9 malam.

Dua pasukan yang tewas pada separuh akhir akan bertemu untuk perlawanan tempat ketika pada hari sama pukul 4.30 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast