Kompleks Mahkamah Alor Setar.

ALOR SETAR – Tempoh reman lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya di sebuah bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala, di sini disambung seminggu lagi bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita warga asing dan anak perempuannya, masing-masing berusia 43 tahun dan 10 tahun, dengan kesan kelar pada leher di dalam longkang belakang bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala di sini pada 5 petang, Isnin lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga suami dan bapa mangsa ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang pada 9 malam hari sama.

Mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang disahkan anak bongsu suspek pula ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah, sehari kemudian. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast