KUALA LUMPUR – Wanita UMNO kekal sebagai tulang belakang parti, memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dengan tekad yang tidak pernah goyah.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berbangga dengan peranan Wanita UMNO yang terus memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan memperkukuhkan asas perjuangan parti.
Dalam ucapan sempena ulang tahun ke-74 Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, beliau berkata, sepanjang tempoh itu UMNO telah menyaksikan sembilan wanita luar biasa menerajui pergerakan ini dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tidak pernah pudar.
“Tanggal 25 Ogos 1949, Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayap sulung parti dan sejak itu, Wanita UMNO telah menjadi nadi perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.
“Marilah kita bersama-sama memperkasakan Wanita UMNO demi masa depan golongan hawa di seluruh negara,” ujar beliau dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette