Gambar hiasan

DUNGUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan seorang nelayan yang hilang di perairan Dungun pada 7 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, mangsa, Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan, 40, dikatakan keluar ke laut sekitar 6 pagi semalam, namun tidak pulang seperti kebiasaan sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat pada 6.50 petang.

“Mangsa keluar seorang diri dengan bot gentian kaca bernombor pendaftaran TRS 3814 dengan kali terakhir mangsa dilihat di perairan Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi Carilamat berdepan kesukaran akibat cuaca buruk dan ombak bergelora. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast