Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berdepan lima pertuduhan menerima rasuah RM45,000 pada di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Fauzi Yaakob, difahamkan menerima rasuah itu sekitar 2016.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad, Fauzi hanya mengangguk tanda faham sebelum mohon dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dia didakwa menerima RM45,000 melalui akaun Public Islamic Bank milik Amierul Shabir Hariri daripada Pengarah Kip Care Sdn Bhd, Abdul Rahman Richard Abdullah.

Kesalahan itu dilakukan antara September 2015 dan 15 Februari 2016 di di cawangan Public Bank Kampung Baru.

Jika sabit salah, boleh dihukum bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Syahzad Azad Sanusi memohon supaya tertuduh dijamin dengan RM20,000.

Namun peguam bela mewakili Fauzi memohon supaya mahkamah mengenakan jumlah jaminan lebih rendah kerana mempunyai komitmen menjaga keluarganya.

Bagaimanapun hakim tetap menetapkan jaminan RM20,000 dan sebutan kes 3 Oktober depan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast