NORTH CAROLINA- Seorang lelaki dituduh di mahkamah kerana menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta ratusan ribu lagu palsu yang dipersembahkan oleh band palsu.
Lagu-lagu berkenaan kemudiannya dimuat naik ke perkhidmatan striman untuk didengari oleh pendengar palsu.
Menurut pihak pendakwaan, tertuduh, Michael Smith, 52, berjaya mengutip wang sebanyak AS$10 juta (kira-kira RM43.22 juta) dengan penipuan tersebut.
Michael dituduh di sebuah mahkamah persekutuan, 4 September lalu kerana mencuri bayaran royalti daripada platform penstriman digital seperti Amazon Music, Apple Music dan Spotify selama tujuh tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, Michael yang merupakan pemuzik sejati, menerbitkan muzik dijana oleh AI itu dan dimainkan berbilion kali oleh bots yang diprogramkan sendiri olehnya.
Dia yang ditahan 4 September lalu berdepan beberapa pertuduhan termasuk penipuan pemindahan wang serta konspirasi menggubah wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun bagi setiap kesalahan.-Agensi