Seramai sembilan pekerja asing ditahan selepas didapati langgar syarat permit bekerja di sektor berbeza dalam tiga serbuan JIM Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang membongkarkan kegiatan pekerja asing yang melanggar syarat permit dengan bekerja di sektor berbeza dalam tiga serbuan berasingan semalam.

JIM Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, serbuan sekitar Lebuh Sungai Pinang dan Minden Height, Gelugor itu dibuat susulan aduan dan risikan.

Jelasnya, hasil serbuan membawa kepada tangkapan sembilan pekerja asing terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang berusia 25 hingga 40 tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan tiada kelibat pemilik perniagaan dan premis berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh pekerja asing.

Kesemua tangkapan dibawa ke depot untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua pekerja asing itu masuk ke negara ini atas permit untuk bekerja di sektor perkilangan namun digajikan pengusaha perniagaan.

“Kesemua mereka ditahan susulan melanggar syarat- syarat pas dan dibawa ke depot untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Tambah kenyataan itu, JIM akan menjalankan siasatan lanjut ke atas majikan dan pemilik premis selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast