KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.
Manakala bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara juga perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.
Oleh itu, JPN mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara. – MalaysiaGazette