TURKIYE – Seorang aktivis kemanusiaan Amerika Syarikat -Turkiye berusia 26 tahun menjadi korban terbaharu keganasan rejim pengganas Zionis di Tebing Barat.
Aysenur Ezgi Eygi, antara peserta yang mengambil bahagian dalam demontrasi terhadap pembesaran penempatan Yahudi di bandar Beita dekat Nablus ditembak mati tentera pengganas Israel semalam.
Seorang peserta demonstrasi itu memberitahu, Aysenur pertama kali mengambil bahagian dalam bantahan yang diadakan.
Mengulas mengenai pembunuhan itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pula melabel tindakan Israel itu sebagai biadab.
Kementerian Luar Turkiye berkata, Eygi dibunuh oleh tentera pendudukan Israel di bandar Nablus seperti laporan agensi.
Dalam reaksi yang sama, White House tidak menyalahkan apa yang berlaku, tetapi menyeru Israel untuk melakukan siasatan lanjut.- Agensi