Fadhlina Sidek melakukan lawatan selepas merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsana (SMK) Seri Perdana di Kluang, hari ini.

KLUANG – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan kaunseling kepada guru, Sabrina Hakiem Zaini, 39, selepas anaknya berusia lapan bulan meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Alor Gajah Melaka, Jumaat lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga akan memastikan guru berkenaan diberikan perhatian dan dibela sewajarnya.

“Pertamanya saya ucapkan takziah kepada guru berkenaan dan keluarganya. Sesungguhnya tragedi yang berlaku itu memberi kesan kepada kita semua.

“Insya-Allah kita akan lakukan apa sahaja yang terbaik sebagai sokongan sosial kepada guru ini.

“Bagi pihak KPM, pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan guru ini dijaga,” ujarnya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsana (SMK) Seri Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin.

Sebelum itu, Jumaat lalu, media melaporkan  kematian seorang bayi berusia lapan bulan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.

Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan itu merupakam zuriat yang ditunggu selama 13 tahun dan baru lima hari dihantar berkenaan.

Bapa mangsa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur berkata, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat, isterinya yyang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.

Menurutnya, bayinya baru lima hari dihantar ke taska berkenaan memandangkan cuti tanpa gaji isteri hampir habis.- Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast