Lebih 150 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, Kinabatangan, Sabah
Dalam kejadian 7.20 malam tadi, sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah yang rapat.