Bekalan Makanan Mangsa Banjir Mencukupi #MGFlash

KPDN memberi jaminan bekalan makanan bagi keperluan mangsa banjir di beberapa negeri terutama Kedah mencukupi.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata menjadi tanggungjawab portfolio beliau memastikan mereka yang terkesan akibat bencana tidak terputus bekalan.

Beliau memberitahu, kementeriannya juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa bagi menyalurkan bantuan segera melalui bank makanan di lokasi berkenaan dan diselaraskan melalui bilik operasi bencana banjir.