KUALA LUMPUR- Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 67 Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market, Cameron Highland pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu menyebabkan laluan terhalang oleh runtuhan tanah, pokok dan beberapa tiang elektrik yang tumbang.
Runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi yang diparkir di situ rosak dihempap tiang yang tumbang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut.
Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.-MalaysiaGazette