Tindakan segera juruterbang melakukan pendaratan cemas di sebuah sungai terpencil di Kampung Buayan, Penampang Sabah Berjaya menyelamatkan nyawa empat petugas Kementerian Kesihatan.
Dalam kejadian tengah hari semalam helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd yang dinaiki lima individu itu dalam penerbangan rutin untuk Perkhidmatan Doktor Udara di Kawasan terpencil di Sabah.