Gambar hiasan

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terselamat daripada serangan seksual seorang lelaki selepas dibantu oleh sekumpulan monyet.

Kejadian itu berlaku di Baghpatt, Uttar Pradesh pada Khamis lalu.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek didapati mengekori kanak-kanak itu di lorong sempit sebelum menarik tangannya ke rumah yang terbiar.

Menurut bapa mangsa, sekumpulan monyet telah bergegas masuk ke rumah itu selepas mendengar jeritan anak perempuannya.

“Bagaimanapun, suspek sempat mengugut mangsa untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain semasa cuba melarikan diri.

“Dia turut mengugut bunuh saya dan jika bukan disebabkan kumpulan monyet itu, anak saya mungkin sudah mati,” katanya.

Mangsa telah berjaya pulang ke rumah dengan bantuan penduduk tempatan.

Selepas kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis dengan segera dan suspek masih lagi diburu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast