Kumar (tengah) dalam majlis amanat kepada anggota polis yang bertugas dalam PRK DUN Mahkota Dewan Sekolah Menengah (SM) Sains Sembrong, Kluang, hari ini.

KLUANG – Polis Johor menerima enam laporan kesalahan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sepanjang kempen sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, empat daripada enam laporan kesalahan tersebut sudah dibuka kertas siasatan.

“Setiap laporan akan disiasat secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi menjamin kelancaran proses pilihan raya serta keselamatan.

“Kesalahan dilakukan bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

“Kesalahan itu turut disiasat bawah Seksyen 500 dan Sekysen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis amanat kepada anggota polis yang bertugas dalam PRK DUN Mahkota Dewan Sekolah Menengah (SM) Sains Sembrong, di sini, hari ini.

Kumar berkata, sepajang tempoh berkempen pihaknya menerima 166 permohonan permit iaitu (78) membabitkan ceramah (47), siaraya dan walkabout (41).

Setiap permohonan ujarnya, melalui proses penilaian yang teliti dan setakat ini tiada permohonan yang ditolak.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast