Foto Facebook Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan selamat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei bagi lawatan negara selama tiga hari bermula hari ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim, pesawat khas yang menerbangkan Seri Paduka Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tiba pada pukul 11.25 pagi.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

“Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua disambut DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan isteri YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Ab Rahaman sebagai wakil peribadi Sultan Brunei.

“Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan isteri Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah serta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,” kata kenyataan itu.

Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Pengiring Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Datuk Rozainor Ramli dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast