Yang di-Pertuan Agong beramah mesra dengan orang ramai ketika menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan Baginda di sebuah restoran di ibu negara. Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan Baginda di sebuah restoran di ibu negara.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

Rakyat turut teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda.

Selepas selesai menikmati santapan pagi, Baginda berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaraan di sekitar kawasan ibu kota.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam, sejajar usaha memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya bersih dan teratur. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast