Istilah ketimbang yang dimasukkan dalam DBP.

KUALA LUMPUR – Isu perkataan ‘ketimbang’ yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Pembangkang baru-baru ini akan dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

Menurut pentadbir Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (BDP), perkataan itu kini telah dimasukkan dalam Kamus Dalam Talian.

“Carian kata ini boleh dibuat melalui portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) melalui kategori Kamus Dalam Talian,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut menurutnya, ketimbang merupakan kata sendi nama yang bermaksud menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu dan sinomim dengan perkataan daripada.

“Cotoh penggunaan: Jika kita melihat pada angka, prestasi pergerakan ringgit hari ini lebih baik ketimbang 14 tahun lepas,” katanya.

Baru-baru ini, kecoh di Dewan Rakyat susulan isu bahasa yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025.

‘Ketimbang’ antara perkataan yang digunakan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam menghuraikan belanjawan untuk tahun hadapan pada 18 Oktober lalu.

Pada Isnin lalu Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid berkata, beliau tidak menemui istilah ‘ketimbang’ dalam perbendaharaan DBP.

Ahli Parlimen Bersatu itu mendakwa, daripada pembacaan dalam internet maksud ketimbang bermakna ‘kencing’, tipu dan sembang.

Ada juga yang mendakwa di media sosial bahawa perkataan ‘ketimbang’ berasal dari negara jiran Indonesia.

Perdana Menteri sebelum ini telah menjelaskan di parlimen yang menerangkan maksud ketimbang dan video penerangan itu turut tular di media sosial.

“Ini kena belajar bahasa sedikit. Contohnya maksud ketimbang. Saya tanya dewan bahasa dan pustaka, istilah ini dia ikut zaman.

“Apa yang dimaksudkan ketimbang adalah keperihalan keadaan. Ini teori bahasa. Context of situasion. Orang guna then kita guna. Dulu tak ada alaf, tak ada ketelusan, tak ada mampan, tapi sekarang ada.

“Bila kita gunakan, dewan bahasa teliti, terutama dalam belanjawan, dia rasa sesuai dia kembangkan.. saya setuju dengan (Ahli Perlimen) Bera kita kembangkan,” kata Anwar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast