NEW DELHI – India memberi amaran kepada pengendali platform sosial media selepas syarikat penerbangan negara itu menerima beratus-ratus ancaman bom palsu yang mencetuskan keadaan huru hara industri pengembaraan selain mengancam keselamatan nasional.
Terdapat ancaman yang menyebabkan pesawat dilencongkan ke Kanada dan Jerman selain jetĀ pejuang dikerahkan untuk mengiringi pesawat di ruang udara Britain dan Singapura.
Kerajaan menyifatkan penyebaran ancaman tersebut sebagai sesuatu yang ‘berbahaya yang tidak terkawal’.
Ia memberi amaran kepada platform media sosial terhadap ‘tindakan berbangkit yang disediakan di bawah undang-undang’ jika mereka tidak mematuhi ‘penarikan maklumat tidak tepat’.
“Contoh tidakan jahat, dalam bentuk ancaman bom palsu kepada syarikat penerbangan, menyebabkan potensi ancaman kepada perintah awam dan keselamatan negara.
“Ancaman bom palsu seperti itu akan menjejaskan bilangan warga yang ramai, juga membuatkan keselamatan ekonomi negara tidak stabil” menurut kenyataan yang dikeluarkan, semalam.
Sekurang-kurangnya 275 ancaman bom palsu dilakukan sejak pertengahan Oktober lalu, menurut agensi berita, Press Trust of India (PTI).
Media India lain mencadangkan perangkaan itu menghampiri 400.
“Pengecualian daripada liabiliti untuk maklumat dari pihak ketiga tidak akan terpakai jika pengantara tersebut tidak mematuhi berikutan obligasi kewajiban,” tambahnya.
Pihak berkuasa penerbangan awam masih belum memeriksa setiap penerbangan yang menerima ancaman.
Amaran kerajaan itu tidak menyatakan nama syarikat media sosial, namun menyatakan satu notis peringatan daripada Kementerian Teknologi Maklumat.
“Skala penyebaran ancaman bom palsu adalah berbahaya berikutan terdapat pilihan untuk ‘memanjangkan/berkongsi semula, menghantar semula dan melakukan ciapan semula’ pada platform media sosial,” menurut kementerian berkenaan.
Ia berkata, syarikat penerbangan perlu membuat laporan terhadap kesalahan ‘yang mungkin mengancam penyatuan, integriti, kedaulatan, keselamatan atau keselamatan ekonomi negara dan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk membantu siasatan.
Pada Isnin lalu, kerajaan berkata ia sedang berbincang mengenai ‘tindakan perundangan’ untuk merombak undang-undang keselamatan penerbangan dan pesawat dan menghukum dengan hukuman lebih berat kepada mereka yang melakukan ancaman yang dikenal pasti. – AFP