PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai lemas di Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjung Karang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut kira-kira jam 9 malam.

Tambah beliau, siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain basikal berhampiran kawasan parit.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang, Selangor dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari uini.

Menurut Azaharudin, hasil bedah siasat mendapati kematian adalah mati lemas dan tiada kecederaan dikesan pada tubuh mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Khairul Anwar Abdul Kadir di talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast