Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Kedah rasa terganggu dengan kenyataan sinikal Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semalam berkaitan permohonan maaf bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Anthony seeloknya diam dan jangan bersuara kerana permohonan maaf itu hak tuan punya badan dan dilakukan dengan sepenuh keikhlasan hati.

“DAP jangan terus menjadi gunting dalam lipatan dan jaga keharmonian Kerajaan Perpaduan.

“Kita faham dan sedar mungkin tindakan Setiausaha Agong DAP sekadar hendak menjaga undi asas hasil daripada tohmahan dan fitnah PRU-14 terdahulu namun kita ada agenda yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shaiful Hazizy, UMNO ada hak untuk bersuara atas ‘ketidakadilan’ yang berlaku kepada bekas presidennya hasil dendam kesumat seorang bekas Perdana Menteri ketujuh sehingga beliau melakukan pendakwaan politik terhadap beberapa pemimpin UMNO.

“Saya ingin menasihatkan agar DAP pandang ke hadapan dan hargai jiwa besar UMNO. Kami dah korbankan banyak prinsip dan nyawa politik demi menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil untuk rakyat.

“Namun jangan terus-menerus menjolok sarang tebuan dibimbangj hasilnya adalah sangat tidak baik,” katanya.

Beliau memberi ingatan supaya mereka jangan buat lupa bahawa UMNO banyak menutup mulut mengulas kes mahkamah yang melibatkan beberapa orang pemimpin PH termasuk daripada DAP.

“Bagi saya, Najib ada hak untuk berjuang untuk diri sendiri. UMNO sendiri juga ada hak untuk membela bekas Presidennya sendiri.

“Kami akur kepada kebijaksanaan mahkamah namun jangan ada pihak yang cuba jadi pelontar batu dari dalam sebuah rumah yang dibina daripada kaca,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kena MAKAN SUMPAH ,,,,NO DAPIG NO ANWAR…..ZAHID DAN UMNO TIDAK PERLU MENYESAL
    DAP BOLEH KE TERIMA MAAF UMNO.????…..ATAU UMNO YANG TUTUP MATA PEKAK TELINGA BUTA HATI KENA PULUN MAKI HAMUN KUTUK FITNAH DARI DAP DAN PAN…..GADAI PRINSIP ANAK BANGSA AGAMA KERANA SUJUD PADA DAPIGS

    pemimpin2 ahli2 dan penyokong2 umnogok jangan melatah…terimalah dengan lapang dada DAPIGS ni
    sanggup ketepikan MUAFAKAT NASIONAL dengan pelbagai alasan….MINTA ISMAIL SABRI BUBAR PARLIMEN SEGERA,,,,,ZAHID DENGAN SOMBONG KAMI YAKIN MENANG BESAR SECARA SOLO
    dan akhirnya menJUBURI ANWAR DAPIGS PANKHIANAT sebagai TALIAN HAYAT

Comments are closed.