Foto FB FAM.

KUALA LUMPUR – Tongak tengah berpengalaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa terpaksa digugurkan daripada menyarung jersi Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan.

Pengendali skuad kebangsaan, Paul Marti Vicente dalam kenyataan hari ini turut, selain  pemain berusia 38 tahun, pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi turut menerima nasib sama.

Susulan itu, pengendali dari Sepanyol itu memanggil pemain Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya dan Fazrul Amir Md Zaman (Kelantan Darul Naim) yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia bagi mengisi dua kekosongan itu.

“Fazrul Amir menggantikan Mukhairi yang hadir melapor diri, hari ini tetapi terpaksa dilepaskan apabila pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan selepas dia beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November 2024.

“Sementara Zhafri menggantikan Natxo Insa yang tidak dapat melapor diri selepas disahkan menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan ACL Elite menentang Ulsan HD pada 5 November 2024.

Kem latihan pusat Harimau Malaya yang bermula hari ini adalah persiapan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Laos di Bangkok, 14 November dan menentang India di Hyderabad, 18 November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here