KUANTAN – Orang ramai diminta membanti polis mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, Supritendan Wong Kim Wai berkata, kali terakhir Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Remaja ini mempunyai tahi lalat di pipi kirinya, berbadan sederhana an ketinggian kira-kira 50 sentimeter.
Kali terakhir dia dilihat memakai blaus berkotak hitam-putih lengan pendek, seluar hitam dan sepasang sandal hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai gadis ini diminta menghubungi talian 09-4771222. – MalaysiaGazette