Datuk Seri Azmi Abu Kassim. Foto MOHD ADZLAN, 26 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran beberapa pegawai kanannya, berkuatkuasa 16 Disember depan.

Menurut kenyataan PDRM, mendahului senarai adalah Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Komisioner Datuk Seri Azmi Abu Kassim yang akan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) di Bukit Aman.

Beliau dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Mohd Kamarudin Mat Din yang bersara wajib pada 2 September lalu.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Pemeriksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC, Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) di jabatan sama dengan memangku pangkat sebagai Deputi Komisioner (DCP).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali akan menyandang jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) di jabatan yang sama dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Manakala, ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Zaman Shah Omar dilantik sebagai Timbalan Komander (Kejuruteraan) Pasukan Gerakan di jabatan sama dan akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Sementara itu, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) JKDNKA, Asisten Komisioner Shamsol Kassim dinaikkan pangkat sebagai Komander untuk pasukan sama dan akan memangku pangkat SAC.

Turut terbabit dengan pertukaran adalah Cawangan Khas Bukit Aman yang mana Pegawai Turus E3A1 Asisten Komisioner Goh Saw Khim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas dengan memangku pangkat SAC.

Dalam pada itu, ACP Urus Setia Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Gurcharan Singh Udham Singh ditukar sebagai Penolong Pengarah E9 di jabatan sama dan akan memangku pangkat SAC.

Di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat) Asisten Komisioner Muhamad Tarmizi Awang bertukar ke Kontinjen Kedah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dengan memangku pangkat SAC.

Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Sarawak, Superintendan Maria Anak Rasid akan kekal di jawatan sama dengan dinaikkan pangkat sebagai Asisten Komisioner.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here