Fadhlina (tengah) merasmikan Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum cadangan untuk mengembalikan semula nama asal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gamuda Cove kepada SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata,  pihaknya sentiasa mendengar cadangan yang dikemukakan dan akan melalui proses tertentu untuk membuat keputusan.

“Kita ada proses dan setakat ini saya tak fikir itu perkara yang sukar, malah kita mendengar semua pandangan.

Fadhlina.

“Kita akan ambil perhatian berkenaan cadangan untuk menukar nama sekolah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional (BN) memaklumkan cadangan untuk membawa perkara tersebut ke mesyuarat Kabinet.

Ahmad Zahid menegaskan cadangan untuk mengembalikan nama asal tersebut tidak berkaitan dengan isu perkauman tetapi lebih kepada penghormatan kepada pengasas MCA, Tun Omar Ong Yoke Lin yang turut diiktiraf sebagai tokoh kemerdekaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, sebelum ini menyatakan bahawa nama sekolah tersebut diluluskan oleh bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 26 Oktober 2017, namun telah digugurkan ketika majlis pecah tanah pada 4 Disember lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast