KUALA LUMPUR – Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menunggang dan membonceng motosikal cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Seksyen 7, Shah Alam, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Ramsay Anak Embol berkata, nahas itu melibatkan motosikal dengan sebuah kereta di simpang tiga Persiaran Permai-Jalan Plumbum 7/98 pada jam 10.25 pagi.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu seorang lelaki berumur 53 tahun dari arah Persiaran Permai hendak membelok kanan ke Jalan Plumbum 7/98.
Tiba-tiba datang motosikal yang bergerak lurus di Persiaran Permai telah terlanggar dibahagian hadapan m/kar tersebut.
“Penunggang dan pembonceng m/sikal yang masing-masing berumur 22 tahun merupakan pelajar UiTM Shah Alam telah mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ramsay meminta saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Bin Abdul Rahman di talian 019-7757354. – MalaysiaGazette















