Tular foto memaparkan replika roket gergasi dengan bendera negara China China di Festival Lampu LED di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak

TANGKAK – Rasa tidak puas hati dengan bendera negara China yang diletakkan pada replika roket di Festival Lampu LED di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini menjadi punca satu laporan polis buat.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, pihaknya mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis semalam.

“Laporan polis itu dibuat kerana tidak puas hati berkenaan satu replika roket yang tertera logo bendera republik rakyat China di Festival Lampu LED di Dewan Serbaguna Bukit Gambir seperti disiarkan dalam satu Facebook.

“Pengadu juga telah membaca di ruangan komen daripada penduduk kawasan Bukit Gambir yang menimbulkan rasa tidak selesa dengan keberadaan replika roket menampilkan logo bendera republik rakyat China.

“Satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, jika sabit kesalahan boleh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak penganjur festival tersebut sudah pun dipanggil untuk memberi keterangan.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Tambahnya, sebarang maklumat aktiviti jenayah boleh disalurkan menerusi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak 06-9785222.

Terdahulu tular foto yang memaparkan replika roket gergasi dengan bendera negara China China diletakkan pada bahagian sayapnya semasa festival itu di pekarangan dewan berkenaan.

Pemuda UMNO Bahagian Ledang kemudian membuat laporan polis semalam selepas mengetahui dan membaca komen penduduk dalam Facebook berkenaan.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani hari ini tampil dan memaklumkan pesta berkenaan dijangka dihentikan hari ini.

Sahrihan juga menasihatkan kepada penganjur, sebarang program selepas ini supaya lebih sensitif dengan budaya masyarakat dan tidak mencetuskan provokasi yang boleh mencetuskan kegelisahan dalam masyarakat.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here