KUANTAN – Padah cuba merasuah anggota polis, seorang lelaki warganegara Myanmar direman lima hari mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 semalam.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Msjistret Nor Izzati Zakaria di Kompleks Mahkamah Kuantan, di sini.

SPRM Pahang memberitahu, lelaki berusia 28 tahun itu sebelum ini ditahan anggota polis ketika menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Besar hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands pada jam 12.36 tengah malam 26 Disember lepas.

“Anggota telah memeriksa sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan mendapati pemandu kenderaan itu yang merupakan pemegang kad UNHCR tidak mempunyai lesen memandu,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, anggota polis tersebut katanya telah mengeluarkan saman terhadapnya, namun tiba-tiba dia menawarkan wang berjumlah RM200 supaya dapat dibenarkan terus memandu kenderaan terbabit.

Difahamkan anggota polis yang bertugas itu telah memberi amaran susulan tindakan lelaki tersebut, namun dia tetap berkeras dengan meletakkan wang berkenaan di atas meja di hadapannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast