Hospital Melaka

MELAKA – Empat bayi tahun baharu 2025 dan 1 Rejab 1446 Hijrah selamat  dilahirkan di Dewan Bersalin, Hospital Melaka di sini setakat pukul 8 pagi tadi.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, bayi bertuah berkenaan adalah tiga lelaki dan seorang perempuan kesemuanya anak pasangan keluarga Melayu.

“Kelahiran paling awal direkodkan adalah pukul 1.26 pagi tadi di Dewan Bersalin Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya setakat 8 pagi tadi, tiada kelahiran dicatatkan di dua lagi hospital awam iaitu Hospital Jasin dan Alor Gajah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast