Gambar ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun meninggal dunia akibat lemas semasa mandi di kolam orang dewasa di Perumahan sik Residensi Prima Utama di Puchong kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mangsa dikatakan mandi di kolam berkenaan tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Semasa kejadian pada 9 Februari lalu, keluarga mangsa yang berasal dai Kuantan, Pahang datang bercuti dan menetap di perumahan berkenaan melawat salah seorang saudara mereka.

Polis mengesahkan perkara itu selepas menerima laporan pada hari yang sama daripada pihak Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat telah dijalankan semalam dan mengesahkan kematian mangsa akibat lemas,” kata Norhizam.

Kes diklasifikasi di Bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50, 000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Satu kertas siasatan kematian mengejut akan dibuka siasat insiden yang sama,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here