Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman Sabah itu.

“Sebanyak 42 orang daripada 14 keluarga berada di Balai Raya Maau Kampung Kiabau dan 89 orang daripada 23 keluarga di Dewan Kampung Rancangan Nangoh,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dewan Kampung Bambangan pula menempatkan 92 orang daripada 24 keluarga, Masjid Lama Kampung Gana Jati (115 orang daripada 40 keluarga) dan Masjid Kampung Tembidong-Bidong (dua orang daripada satu keluarga). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast