bursa ringgit
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melanjutkan rentak jualan di Bursa Malaysia untuk minggu ke-19 berturut-turut minggu lalu dengan aliran keluar bersih lebih besar sebanyak RM1.27 billion berbanding RM562.0 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, tekanan jualan pelabur asing berterusan sepanjang minggu, dengan Jumaat menyaksikan aliran keluar paling ketara sebanyak RM646.2 juta.

Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah pembinaan (RM24.1 juta), telekomunikasi & media (RM14.7 juta) dan REIT (RM6.7 juta).

Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM362.1 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM314.9 juta) dan utiliti (RM255.1 juta).

Firma penyelidikan ini berkata, pelabur institusi tempatan pula kekal sebagai tonggak sokongan, melakukan pembelian bersih bag minggu ke-19 berturut-turut, dengan aliran masuk sebanyak RM817.4 juta ke dalam ekuiti domestik.

Jumlah ini meningkat daripada aliran masuk RM316.3 juta pada minggu sebelumnya.

Manakakala pelabur runcit tempatan meneruskan rentetan belian bersih mereka untuk minggu ketiga berturut-turut, mencatat aliran masuk bersih RM447.9 juta, peningkatan ketara daripada RM245.7 juta minggu lepas.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menyaksikan peningkatan meluas dengan pelabur asing mengalami lonjakan mendadak
+80.3%, manakala institusi tempatan menyaksikan peningkatan sebanyak 5.8%.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan mencatatkan penurunan sederhana sebanyak -1.6%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here