KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) akan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma sempena sambutan Hari Raya bagi kawasan perumahan teres bawah pentadbiranny.
Perkhidmatan ini akan dilaksanakan oleh pihak KDEBWM bermula 20 Mac hingga 30 Mac 2025 selama 11 hari di seluruh kawasan pentadbiran MBSJ.
Katanya, kutipan sampah pukal ini hanya melibatkan barangan seperti tilam, perabot lama, dan seumpamanya.
Namun, sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik serta barang kitar semula adalah tidak termasuk di dalam perkhidmatan ini.
MBSJ berkata, permohonan perkhidmatan kutipan sampah pukal boleh dilaksanakan terus melalui KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) di talian 03 80814437 atau aplikasi WhatsApp di talian 011 35384437 bermula 13 Mac hingga 21 Mac 2025 dan keutamaan akan diberikan kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran MBSJ yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, pemohon akan dihubungi oleh pihak KDEBWM bagi penjadualan kutipan dan dikehendaki meletakkan sampah pukal di hadapan rumah sebelum Tarikh yang ditetapkan bagi memudahkan proses kutipan oleh kontraktor KDEBWM. – MalaysiaGazette